Ucapan Terima Kasih & Selamat Tahun Baru 2021

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pelanggan-pelanggan Madupot Malaysia.

Alhamdulillah tirai 2020 telah berlabuh. Kini 2021 bermula dengan semangat baru.
Mengambil kesempatan ini kami dari Madupot ingin mengucapkan
“SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU 2021”
 
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi TERIMA KASIH diatas sokongan anda selama ini. Walaupun banyak cabaran dan rintangan diatas perniaga-peniaga sepanjang tahun ini diatas pandemik Covid-19. Tetapi ALHAMDULILLAH, terlalu perkara yang kami syukuri yang berlaku pada tahun ini.
 
Antara pencapaian yang besar dan bermakna yang berlaku pada tahun 2020 antaranya pensijilan Halal oleh Jakim diatas madu-madu keluaran kami, kerjasama dengan pihak Unipeq Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) untuk label Tested by Unipeq untuk ujian Keaslian Madu dan juga Anugerah 100 peniaga  diatas talian terbaik oleh Kerajaan Negeri Selangor.
 
Semua kejayaan-kejayaan ini tidak berarti tanpa sokongan tuan dan puan semua. 
 
Kami sentiasa mendoakan diatas kesihatan tuan  dan puan. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita semua kearah kebaikkan.
 
Sekian daripada saya wakil dari seluruh warga Madupot Malaysia
 
TERIMA KASIH.