ATASI MASALAH BATUK DENGAN MADU DAN BAWANG PUTIH

ATASI MASALAH BATUK DENGAN MADU DAN BAWANG PUTIH

Cuaca di Malaysia yang sentiasa berubah panas dan lembab adalah salah satu faktor kenapa kita selalu diserang penyakit batuk. Terutamanya pada musim perayaan, kita akan mengambil makanan yang boleh menjadi penyebab kepada masalah batuk.

Batuk adalah tindak balas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Berdasarkan portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia hasil tulisan Dr. Jamilah Abdullah, antara langkah pencegahan atau rawatan untuk mengatasi masalah batuk ini adalah dengan meminum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak. Menurut beliau Madu juga adalah salah satu bahan yang baik untuk merawat batuk. Ianya telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk merawat masalah batuk bahkan ianya lebih berkesan daripada antibiotic.

KHASIAT MADU BERSAMA BAWANG PUTIH YANG TERSEMBUNYI

Madu ialah sejenis manisan semula jadi yang dihasilkan oleh lebah hasil pengambilan nektar bunga ketika spesies-spesies ini menjalankan pendebungaan.

Madu Asli mengandungi agen aktif yang dipanggil perlagonium, guaifenesin, dan dextromethrophon yang terbukti secara saintifik dapat melawan dan menghilangkan sintom batuk dan kahak.

Manfaat bawang putih atau nama botaninya Allium Sativum terhadap kesihatan telah diperakui sejak berabad abad lamanya

Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk. Ianya juga melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Kedua bahan aktif semulajadi ini boleh dikatakan antara ramuan terbaik untuk melawan batuk dan kahak untuk kita. Tetapi diingatkan, pengambilan madu untuk kanak-kanak bawah 1 tahun tidak digalakkan.

 

CARA-CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan 300g Madu Asli ke dalam bekas kosong.
  2. Hiris 5 biji bawang putih dan dihancurkan dengan lumat.
  3. Tambahkan dengan 5 biji bawang putih yang telah di hancurkan tadi kedalam madu tersebut.
  4. Gaul ramuan tersebut sehingga sebati.
  5. Biarkan selama sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan.
  6. Amalkan 1 sudu sebelah pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Ramuan tersebut boleh dicampur didalam air suhu bilik atau air suam untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi jangan mengunakan air panas kerana ianya mengurangkan khasiat madu.

DAPATKAN MADU HUTAN LEBAH LIAR KELUARAN MADUPOT MALAYSIA. DIJAMIN 100% ASLI TANPA CAMPURAN.