MUSIM SEJUK, SELALU SEMPUT?

MUSIM SEJUK, SELALU SEMPUT?

Keadaan di Malaysia apabila memasuki penghujung tahun akan mengalami perubahan cuaca iaitu, kadar peningkatan hujan dibeberapa buah kawasan, terutama di sebelah pantai Timur. Apabila keadaan ini berlaku, lazimnya penghidap Asma akan lebih kerap berasa lelah atau semput akibat cuaca sejuk.

Asma (Athma) adalah penyakit paru-paru kronik yang membengkak dan menyempitkan saluran pernafasan. Semasa serangan asma, pesakit mungkin mengalami ‘wheezing’ (bunyi bersiul apabila sedang bernafas), kesesakan dada, sesak nafas dan batuk. Malah, asma boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

PUNCA BERLAKUNYA ASMA

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah asma adalah berbeza bagi setiap individu. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Faktor genetik (ibu bapa, abang, atau kakak juga mempunyai asma)
  • Jangkitan pernafasan dan selsema
  • Pendedahan kepada asap rokok
  • Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk, makanan, dan lipas
  • Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
  • Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tekanan (stress)
  • Latihan (senaman)
  • Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

MANFAAT MADU TERHADAP PENYAKIT ASMA

Penggunaan madu sebagai salah satu ubat semula jadi yang dikonsumsikan sejak berabad lamanya, dapat meningkatkan imunisai badan manusia kerana sifat antioksidannya yang tinggi.

Kelebihan madu dalam membantu pesakit asma adalah menerusi manfaatnya untuk mengawal batuk yang menyebabkan masalah asma terutama di malam hari.

Serangan asma pada waktu malam, atau lebih dikenali sebagai noctural asthma, boleh menyebabkan batuk, sesak nafas dan semput. Kesan sebegini boleh mengganggu tidur penghidapnya.

KEBERKESANAN MADU, LEMON DAN KAYU MANIS 

Jika madu boleh bertindak sebagai pembunuh bakteria yang menyebabkan batuk dan mencegah keradangan yang membawa kepada asma, penggunaan lemon yang diambil bersama madu juga tidak kurang hebatnya.

Lemon mempunyai khasiat yang pelbagai iaitu mengandungi Asid Sitrik, Kalsium, Magnesium, Potassium, Phosphorus, Zat Besi, Zink, Vitamin A, Vitamin B6, Vitamin C, Vitamin E, dan lain-lain, yang bertindak mengawal penghasilan mukus dan mengelakkan saluran pernafasan tersumbat.

Sementara Kayu Manis (Cinnamomum zeylanicum ) merupakan sejenis rempah yang juga efektif dalam merawat penyakit asma.

Gabungan ketiga-tiga bahan ini diperakui mampu merawat masalah asma daripada terus menjejaskan kesihatan penghidapnya. Namun begitu, kanak-kanak yang mengalami masalah asma atau bayi di bawah umur 12 bulan tidak boleh diberikan madu dan mencuba kaedah ini.

LANGKAH PENYEDIAAN

  1. Tuangkan 8 auns (kira-kira 240 ml) air suam ke dalam cawan
  2. Masukkan 1 sudu Madu Asli
  3. Perahkan ½ lemon untuk mendapatkan jusnya
  4. Campurkan setengah sudu teh serbuk kayu manis ke dalam larutan lemon dan Madu Asli
  5. Minum 2-3 kali sehari *sebaiknya diambil pada waktu pagi sebelum sarapan, dan sebelum tidur.

Leave a Reply

×
×

Cart